博大前进阵线 Gerakan Mahasiswa Maju

Saturday, February 24, 2007

Bulletin GMM edisi Feb

TOL Naik Rakyat Sengsara

Apabila ditanya apakah perniagaan yang paling menguntungkan, jawapannya diketahui oleh semua, iaitu syarikat toll. Kenaikan harga toll kali ini menyakinkan rakyat sekali lagi bahawa perniagaan toll adalah perniagaan yang paling menjaminkan keuntungan dengan tiada risiko perniagaan kerana sekiranya kerajaan tidak bersetuju untuk membenarkan syarikat toll meningkatkan harga toll, kerajaan hendaklah membayar ganti rugi dengan wang rakyat yang sepatutnya digunakan di sektor pendidikan, kesihatan, bekalan air dan lain-lain kemudahan asas. Pengumuman oleh Menteri Kerjaraya, Samy Vellu, pada 14 Disember bahawa harga toll di lima lebuhraya di Malaysia akan dinaikkan pada 1 Januari 2007 dengan kadar kenaikan yang mengejutkan iaitu di antara 20% hingga 60% dan kenaikan harga diantara 30 sen hingga 1 ringgit. Walaupun dengan kenaikkan harga yang menakutkan, namun kerajaan masih perlu mem- bayar ganti rugi kepada syarikat toll sebanyak RM2.589 billion. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah kerajaan diikat oleh kontrak yang telah ditandatangani.
Namun begitu, ketelusan kera- jaan dalam menangani isu ini adalah dipertikaikan kerana kontrak yang disebutkan itu tidak pernah didedahkan oleh kerajaan dengan Akta Rasiah Rasmi (OSA) sedangkan rakyat terpaksa membayar harga toll yang mahal dan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi dengan duit rakyat. Kerajaan yang dilantik oleh rakyat sepatutnya melaksanakan polisi yang menjamin hak rakyat. Tetapi dalam isu ini, adalah hairan mengapa kerajaan sanggup menandatangani kontrak yang mengugat hak rakyat dan mengikat kerajaan untuk membayar ganti rugi yang mencecah

billion Ringgit. Akibat daripada kegagalan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat tetapi menyebelahi syarikat toll, bantahan dan demonstrasi telah diadakan, antaranya adalah demonstrasi 300 penduduk di Cheras-Kajang Batu 9 Toll pada 17 Dis 06, demonstrasi 2500 pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di depan kompleks Sunway Pyramid pada 7 Jan 07 dan perhimpunan aman di Tol Karak pada 14 Jan 07. Demostrasi di kompleks Sunway Pyramid dan Tol Karak dianjurkan oleh gabungan persatuan sivil, organisasi bukan kerajaan, kesatuan pekerja dan parti pembangkang yang memanggil sendiri sebagai Protes. Beberapa tindakan yang bertujuan membantah kenaikan harga toll dijangka akan diadakan seperti penyerahan memorandum, perhimpunan membantah toll, de- monstrasi di lebuhraya dan lain- lain tindakan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home