博大前进阵线 Gerakan Mahasiswa Maju

Saturday, February 24, 2007

NATIONAL STUDENTS CONSULTATION 2007
PERSEFAHAMAN ASAS GERAKAN
Anjuran
Solidariti Mahasiswa Malaysia:
GAMIS, DEMA, PKPIM, KARISMA, UMANY

Isu Dibicara
Ø Politik Perkauman Malaysia
Ø Dasar Ekonomi Baru dan Pembangunan Negara
Ø Kepelbagaian Budaya dan Perpaduan di Malaysia

Siapa yang akan anda temui?
Ø 60 orang aktivis mahasiswa yang berlainan kaum dan latar belakang dari pelbagai kampus di Malaysia

Ø Ustaz Nasarudin
Ø Dr. Lim Teck Ghee
Ø Azmin Ali
Ø Rosli Yaakop
Ø Arumugam
Ø Ramadhan Fitri
Ø dan lain-lain…

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:
Mohd Nazree 012-210 3891
Lim Sok Swan 019-415 0012
Faisal Aziz 013-530 3221
Amirul Letfee 019-383 6859

Labels:

laporan gempak......Bulletin GMM sudah diterbitkan

Salam mesra, Bulletin GMM telah diterbitkan.......berikut adalah cerita menarik yang terdapat di dalam bulletin GMM.Jangan lupa membaca o...............

Ikhlas daripada,
Unit Penerbitan GMM UPM

Labels:

Bulletin GMM edisi Feb

Aktiviti GMM Yang Lalu

MELAWAT KE KUALA SELANGOR
Pada bulan Okt 2006, GMM telah mengadakan rombongan pelancongan ke Kuala Selangor. Terdapat 28 orang mahasiswa dari UPM, UM, UKM dan UTAR menyertai rombongan pelancongan yang selama 2 hari ini.
Dalam rombongan K.Sel, kami telah melawat ke Sungai kelip-kelip, Taman Semulajadi dan Bukit Melawati. Sungai ini cantik dihiaskan dengan api-api yang berkelip-kelip. Akan tetapi, api-api adalah banyak berkurang berbanding dengan dahulu. Ini adalah kerana alam semula jadi banyak dimusnahkan oleh manusia dan menyebabkan kepupusan api-api. Manusia selalu mementingkan diri sendiri sahaja. Adakah kita mengambil kira tentang hak hidup benda hidup yang lain semasa kita merancang atau menjalankan sesesuatu? Haraplah kita masih dapat
tengok kelip-kelip yang menarik kalau datang ke K.Sel lagi pada masa kelak.
Selain melawat ke sana sini, GMM juga menyediakan tayangan Jepun , “Fireflies River Of Light” . Tayangan ini menceritakan usaha seorang guru sekolah rendah dan murid-muridnya dalam membiakkan kelip-kelip di kawasan sekolah mereka. Guru itu juga merangsang murid-muridnya supaya melindungi alam sekitar. Di samping itu, sesi berkongsi pandangan peserta tentang pencemaran dan pencerobohan alam sekitar juga disediakan . Daripada perkongsian pandangan ini, kami menyedari perlindungan alam semula jadi ialah tanggungjawab setiap individu.

Marilah “join” kami ke K.Sel jika rombongan pelancongan ini diadakan lagi! =)

Eiki Loke


AKTIVITI GMM AKAN DATANG

Pelan Induk Pendidikan yang baru dibincang oleh kerajaan hanya merangkumi pendidikan sekolah rendah dan menengah. Manakah berdirinya Pendidikan Pengajian Tinggi?
Ceramah ”Pelan Induk Pendidikan”

Yang bermninat,sila hubungi
Cai Ling 012-5322897

Labels:

Bulletin GMM edisi Feb

Perbandingan universiti luar negara dengan universiti Malaysia

CambridgeUniversity(Eropah)

Hong KongUniversity(Asia)

Universiti Tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan lain-lain)

  • Nama sebenar
    Cambridge University Students’ Union
    The Hong Kong University Students’ Union
    Majlis Perwakilan Pelajar/ Mahasiswa Universiti Tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan lain-lain)
  • Sifat sebenar
    Kesatuan Pelajar
    Kesatuan Pelajar
    Hairannya tiada kesatuan pelajar. Hanya terdapat “majlis perwakilan” sahaja.
  • Dipilih oleh siapa
    Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi
    Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi
    Kononya MPP/MPM dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM).
  • Kesatuan Mahasiswa-mahasiswi/ Pelajar yang bebas dan berdikari
    Ya
    Ya
    Tidak
  • Kuasa
    Mempunyai kuasa sendiri
    Mempunyai kuasa sendiri
    Kuasa sebenar dipegang oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM)
  • Fungsi kesatuan
    Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar
    Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar
    Tidak mempunyai fungís sebagai kesatuan. Fungsi sebenar kesatuan telah dimansuhkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
  • Anjuran Program
    Sendiri membuat keputusan.
    Sendiri membuat keputusan.
    Anjuran program mesti mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).
  • Pendaftaran persatuan
    Pendaftaran persatuan di bawah Cambridge University Students’ Union.
    Pendaftaran persatuan di bawah Hong Kong University Students’ Union. Persatuan yang berdaftar di bawahnya melebihi 100 buah.
    semua persatuan didaftar di bawah BHEP.
  • Pengurusan kewangan
    Mempunyai syarikat sendiri.
    Sendiri uruskan. Yuran ahli dikutip.
    Semua hal kewangan ditangan BHEP.

    Aktiviti-aktiviti/kempen
    -Program sangat manfaatkan pelajar:
    Fight Against Increased Rents
    Funding and Access Campaign Team

    -Aktiviti yang pernah dianjurkan:
    Film Screening: The Road to Guantanamo
    tahun 2003-2005, kesatuan pelajar mengetuai pelajar melibatkan diri dalam kempen pengarakan mempertahankan demokrasi Hong Kong.
    -Semua diaturkan oleh BHEP atau semua program perlu mendapatkan persetujuan BHEP.
    Keluar “Press Statement”
    -Bebas mengeluarkan sebarang “Press Statement”.
    -Bebas mengeluarkan sebarang “Press Statement”. Pernah mengeluarkan hujah akhbar yang mempertahankan hak pelajar suatu fakulti.
    -Perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor (NC).
  • Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus
    -Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri- “Elections Committee”.
    -Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri.
    -Tidak mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri. Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus terdiri daripada BHEP.
  • Akhbar sendiri
    -Mempunyai akhbar sendiri yang cukup bebas dan bernama “The Cambridge Student newspaper” (TCS).
    -Boleh memiliki akhbar sendiri.
    -Tidak dibenarkan mengeluarkan akhbar tersendiri dan langsung sangat tidak bebas.
  • Website sendiri
    -.www.cusu.cam.ac.uk
    -www.hkusu.org/
    -Tidak dibenarkan
  • Kesan
    -Pelajar adalah sangat kuat dalam semua bidang.
    -.Pelajar semakin kuat dan sedang mengejar kekuatan pelajar Eropah. Kekuatan pelajar dalam semua bidang dapat bertanding dengan pelajar negara Eropah.
    -Pelajar semakin hilang daya membuat keputusan. Kreativiti pelajar telah dihancurkan oleh BHEP dan AUKU. Mereka hanya tahu mengambil peperiksaan sahaja. Pelajar. Mereka semakin menjauhkan diri daripada mempertahankan hak sendiri.

Pada kesimpulannya,Universiti dibina untuk pelajar dan pensyarah untuk membuat penyelidikan dan aktiviti. Oleh itu, pelajar dan pensyarah adalah tuan kepada universiti. Akan tetapi hak-hak pelajar dan pensyarah tersebut telah dirampas oleh golongan pemerintah Negara kita dengan menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akibatnya, impak negative yang besar telah ternampak atas universiti kita. Perbezaan yang paling besar dan ketara antara universiti tempatan kita dan universiti negara lain ialah kewujudan dan fungsi kesatuan pelajar (students’ union). Semakin lemah kesatuan pelajar sesebuah negara, semakin mundurlah negara tersebut pada masa yang akan datang.


Nampaknya begitu jelas sekali, keadaan kebajikan dan hak-hak asasi di universiti tempatan adalah amat teruk dan serius, dan menyebabkan keruntuhan keyakinan dan daya membuat keputusan pelajar-pelajar universiti tempatan. Sejurusnya akan membawa kesan buruk kepada kreativiti pelajar-pelajar dan kecemerlangan universiti akan menurun dengan begitu ngeri. Selain itu, pelajar-pelajar kami telah hilang keyakinan dan keinginan dalam mempertahankan hak-hak asasi sendiri dan semakin menjauhkan sendiri daripada politik. Akibatnya, pelajar-pelajar menjadi lemah dan secara langsungnya kadar pengangguran pelajar akan terus meniungkat dan menjadi semakin serius.

Labels:

Bulletin GMM edisi Feb


Pernahkah anda mengimbas kembali tentang impian anda terhadap universiti? Ramai memang mempunyai bermacam-macam imaginasi tentang universiti sebelum masuk ke UPM. Universiti macam satu tempat yang suci dan agung. Marilah kita mendengar suara hati daripada beberapa orang mahasiswa di UPM.

Siti Noradiqah , Tahun Pertama
Sebelum ini, saya menganggap cara pelajaran adalah besar bezanya berbanding dengan sekolah dahulu. Pelajaran di universiti adalah lebih menarik, merangsang dan kurang tekanan ujian. Rupanya cara mengajar di sini sama sahaja dengan MRSM(Sekolah dahulu saya),iaitu pensyarah baca slaid dan pelajar menyalin sambil mendengar cakapnya. Kemudahan di sini masih memuaskan.

Won Wan Shi , Bahasa Perancis, Tahun Pertama
Sebelum masuk ke universiti, saya ingat universiti adalah satu tempat yang bebas. Di sinilah kami boleh menjalankan pelbagai activiti dengan bebas. Dengan itu, kami menjadi berdikari. Akan tetapi, anggapan saya berubah selepas masuk ke UPM kerana kawalan di sini adalah terlalu banyak! Selain itu, saya ingat mahasiswa kena menelaah pengajiannya dengan teliti. Tetapi, nampaknya kami gagal membuat demikian kerana sistem pelajaran universiti terutamanya ujian yang terlampau banyak telah mengehadkan kami. Oleh itu, saya berasa agak kecewa akan universiti.

Nur Shalihati Mohd Yusof , Bac Sains Pertanian Tani, Tahun Kedua
“Universiti merupakan satu tempat intelektual. Sebelum masuk ke universiti, saya ingat banyak ceramah dan forum yang bermakna akan diadakan. Orang bernama akan memberi ceramah di sini. Forum akan diadakan untuk membincangkan apa-apa sahaja kerana saya beranggap mahasiswa ialah dewasa yang berfikiran matang. Tetapi, nampaknya situasi sebenar universiti adalah jauh berbeza dengan anggapan saya.”

Alagamai Deepa, Tahun Ketiga
Berada dalam UPM selama tiga tahun, semua impian saya terhadap universiti telah hilang. Pada tahun pertama, saya agak aktif dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Akan tetapi, saya tidak banyak belajar daripadanya. Nampaknya membazir masa sahaja! Apa yang saya tidak memahami sehingga kini adalah—mengapakah sebahagian aktiviti yang bermakna dilarang dan digelap-gelapkan oleh pihak universiti? Ini menyebabakan ketakutan pelajar-pelajar yang ingin menyertai dalam aktiviti bermakna itu. Sekarang, Saya sudah sampai masa untuk bergraduan. Persoalan sya adalah apakah yang saya telah dapat dari UPM selain sekertas sijil graduan?

Labels:

Bulletin GMM edisi Feb

TOL Naik Rakyat Sengsara

Apabila ditanya apakah perniagaan yang paling menguntungkan, jawapannya diketahui oleh semua, iaitu syarikat toll. Kenaikan harga toll kali ini menyakinkan rakyat sekali lagi bahawa perniagaan toll adalah perniagaan yang paling menjaminkan keuntungan dengan tiada risiko perniagaan kerana sekiranya kerajaan tidak bersetuju untuk membenarkan syarikat toll meningkatkan harga toll, kerajaan hendaklah membayar ganti rugi dengan wang rakyat yang sepatutnya digunakan di sektor pendidikan, kesihatan, bekalan air dan lain-lain kemudahan asas. Pengumuman oleh Menteri Kerjaraya, Samy Vellu, pada 14 Disember bahawa harga toll di lima lebuhraya di Malaysia akan dinaikkan pada 1 Januari 2007 dengan kadar kenaikan yang mengejutkan iaitu di antara 20% hingga 60% dan kenaikan harga diantara 30 sen hingga 1 ringgit. Walaupun dengan kenaikkan harga yang menakutkan, namun kerajaan masih perlu mem- bayar ganti rugi kepada syarikat toll sebanyak RM2.589 billion. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah kerajaan diikat oleh kontrak yang telah ditandatangani.
Namun begitu, ketelusan kera- jaan dalam menangani isu ini adalah dipertikaikan kerana kontrak yang disebutkan itu tidak pernah didedahkan oleh kerajaan dengan Akta Rasiah Rasmi (OSA) sedangkan rakyat terpaksa membayar harga toll yang mahal dan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi dengan duit rakyat. Kerajaan yang dilantik oleh rakyat sepatutnya melaksanakan polisi yang menjamin hak rakyat. Tetapi dalam isu ini, adalah hairan mengapa kerajaan sanggup menandatangani kontrak yang mengugat hak rakyat dan mengikat kerajaan untuk membayar ganti rugi yang mencecah

billion Ringgit. Akibat daripada kegagalan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat tetapi menyebelahi syarikat toll, bantahan dan demonstrasi telah diadakan, antaranya adalah demonstrasi 300 penduduk di Cheras-Kajang Batu 9 Toll pada 17 Dis 06, demonstrasi 2500 pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di depan kompleks Sunway Pyramid pada 7 Jan 07 dan perhimpunan aman di Tol Karak pada 14 Jan 07. Demostrasi di kompleks Sunway Pyramid dan Tol Karak dianjurkan oleh gabungan persatuan sivil, organisasi bukan kerajaan, kesatuan pekerja dan parti pembangkang yang memanggil sendiri sebagai Protes. Beberapa tindakan yang bertujuan membantah kenaikan harga toll dijangka akan diadakan seperti penyerahan memorandum, perhimpunan membantah toll, de- monstrasi di lebuhraya dan lain- lain tindakan.

Labels:

Bulletin GMM edisi Feb




Kisah Peneroka Bandar Dilupai Kerajaan

( Kes Kampung Berembang)


Kampung Berembang yang terletak di Jalan Ampang diduduki oleh lebih 50 keluarga selama 30-40 tahun. Pada 4/10/06 penduduk Kampung Berembang telah membawa masalah mereka ke pengetahuan YB Menteri Ong Kah Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di mana YB telah menjanjikan mereka untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan YB Menteri Besar Selangor memandangkan Menteri Besar sahaja yang mempunyai kuasa ke atas isu tanah. Pada asasnya, YB Menteri telah bersetuju bahawa pengusiran harus dihentikan sehingga satu rundingan dijalankan antara peneroka, Menteri Besar Selangor dan pemaju.


Pada 14/11/06 pula, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menangguhkan kes mereka ke 30 April 2007. Sebaik sahaja kes telah ditangguhkan ke 30 April 2007, penduduk kampung telah diberi notis pada bulan 15/11 untuk keluar dari kampung mereka. Dua hari sahaja yang diberikan kepada penduduk kampung untuk berpindah. Akan tetapi, tiada rumah alternatif ditawarkan. Hanya rumah sewa ditawarkan, itupun di Puchong, lebih 30km jauh dari kawasan asal. Pihak pemaju bersama lebih 200 pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ), termasuk pegawai dari Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, RELA dan Polis telah mencerobohi Kampung Berembang pada 17/11 dan telah merobohkan 3 buah rumah penduduk.


Pada 20/11, kampung ini telah diceroboh oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd, Cahaya Kelang Construction dengan bantuan MPAJ, polis dan FRU. Dalam keadaan kes di mahkamah, dan projek perumahan kos rendah Berembang terbengkalai, kerajaan bersubahat dengan pihak pemaju datang sekali lagi dan merobohkan semua rumah tanpa perikemanusiaan. Sebanyak 23 orang telah ditahan oleh polis semasa perobohan berlaku. Sebenarnya pada tahun 2003, penduduk kampung telah dijanjikan rumah kos rendah yang akan diusahasama oleh Pemodalan Negeri Selangor Berhad, Acmar International dan Perspektif Masa Sdn Bhd. Rumah kos rendah ini adalah berhampiran dengan Kampung Berembang. Akan tetapi, sehingga kini projek perumahan itu masih terbengkalai dan pihak pemaju tidak mengambil apa-apa langkah untuk menyiapkan projek rumah kos rendah tersebut. Oleh kerana pihak pemaju, MPAJ dan kerajaan negeri Sel tidak menunaikan tuntutan penduduk kampung, maka injuksi diambil oleh penduduk kampung pada 6/3/2006 dan injuksi itu tamat pada 14/11/2006. Penduduk telah mengambil kes demi memperjuangkan hak ke atas tanah yang diduduki dan menuntut pampasan yang adil serta peluang membeli rumah murah yang berharga RM 35000 di mana jarak rumah baru tidak lebih 4km dari kampung mereka.


Dalam perjumpaan itu pada 2/11/06,, wakil Kampung Berembang telah mengemukakan masalah projek perumahan yang ditawarkan belum siap tetapi rumah sudah mahu diroboh. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Ramli telah berjanji akan membuat siasatan terhadap projek perumahan dan bersetuju akan mensyorkan kepada kerajaan negeri untuk membenarkan mereka tinggal di kampung tersebut jika projek perumahan itu dijangka siap dalam masa satu tahun. Namun, apa yang menyedihkan sehingga hari ini, pihak SUK tidak memberi sebarang respons dalam kes ini. Kejam sekali lagi pada 30/11! Setelah berjaya merobohkan Surau Al-Rahmaniah, Kampung Berembang pagi tadi, pihak MPAJ sebentar tadi bertindak pula merobohkan khemah-khemah penduduk yang dibina sejak 20 November lalu. Wakil penduduk Kampung Berembang, Qasim Abdul Aziz menjelaskan, bahawa selepas pihak penguatkuasa dijamu makan oleh pihak pemaju pada tengahari tadi, khemah-khemah yang didirikan telah dirobohkan tanpa belas kasihan langsung. Tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak MPAJ ketika ini jelas melambangkan si- kap tidak berperikemanusiaan dan simpati kepada para penduduk yang telah kehilangan rumah. Kini, penduduk Kampung Berembang tetap mempertahankan hak mereka di kampung asal dengan membina balik rumah dan khemah. Rumah boleh diroboh, tetapi hal ini memperlihatkan bahawa rakyat akan bangun dan perjuangan akan diteruskan.

(Petikan dari Dema Newsletter)


Labels: