博大前进阵线 Gerakan Mahasiswa Maju

Saturday, February 24, 2007

Bulletin GMM edisi Feb


Pernahkah anda mengimbas kembali tentang impian anda terhadap universiti? Ramai memang mempunyai bermacam-macam imaginasi tentang universiti sebelum masuk ke UPM. Universiti macam satu tempat yang suci dan agung. Marilah kita mendengar suara hati daripada beberapa orang mahasiswa di UPM.

Siti Noradiqah , Tahun Pertama
Sebelum ini, saya menganggap cara pelajaran adalah besar bezanya berbanding dengan sekolah dahulu. Pelajaran di universiti adalah lebih menarik, merangsang dan kurang tekanan ujian. Rupanya cara mengajar di sini sama sahaja dengan MRSM(Sekolah dahulu saya),iaitu pensyarah baca slaid dan pelajar menyalin sambil mendengar cakapnya. Kemudahan di sini masih memuaskan.

Won Wan Shi , Bahasa Perancis, Tahun Pertama
Sebelum masuk ke universiti, saya ingat universiti adalah satu tempat yang bebas. Di sinilah kami boleh menjalankan pelbagai activiti dengan bebas. Dengan itu, kami menjadi berdikari. Akan tetapi, anggapan saya berubah selepas masuk ke UPM kerana kawalan di sini adalah terlalu banyak! Selain itu, saya ingat mahasiswa kena menelaah pengajiannya dengan teliti. Tetapi, nampaknya kami gagal membuat demikian kerana sistem pelajaran universiti terutamanya ujian yang terlampau banyak telah mengehadkan kami. Oleh itu, saya berasa agak kecewa akan universiti.

Nur Shalihati Mohd Yusof , Bac Sains Pertanian Tani, Tahun Kedua
“Universiti merupakan satu tempat intelektual. Sebelum masuk ke universiti, saya ingat banyak ceramah dan forum yang bermakna akan diadakan. Orang bernama akan memberi ceramah di sini. Forum akan diadakan untuk membincangkan apa-apa sahaja kerana saya beranggap mahasiswa ialah dewasa yang berfikiran matang. Tetapi, nampaknya situasi sebenar universiti adalah jauh berbeza dengan anggapan saya.”

Alagamai Deepa, Tahun Ketiga
Berada dalam UPM selama tiga tahun, semua impian saya terhadap universiti telah hilang. Pada tahun pertama, saya agak aktif dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Akan tetapi, saya tidak banyak belajar daripadanya. Nampaknya membazir masa sahaja! Apa yang saya tidak memahami sehingga kini adalah—mengapakah sebahagian aktiviti yang bermakna dilarang dan digelap-gelapkan oleh pihak universiti? Ini menyebabakan ketakutan pelajar-pelajar yang ingin menyertai dalam aktiviti bermakna itu. Sekarang, Saya sudah sampai masa untuk bergraduan. Persoalan sya adalah apakah yang saya telah dapat dari UPM selain sekertas sijil graduan?

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home