Bulletin GMM edisi Feb
Perbandingan universiti luar negara dengan universiti Malaysia
CambridgeUniversity(Eropah)
Hong KongUniversity(Asia)Universiti Tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan lain-lain)
- Nama sebenar
Cambridge University Students’ Union
The Hong Kong University Students’ Union
Majlis Perwakilan Pelajar/ Mahasiswa Universiti Tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan lain-lain) - Sifat sebenar
Kesatuan Pelajar
Kesatuan Pelajar
Hairannya tiada kesatuan pelajar. Hanya terdapat “majlis perwakilan” sahaja. - Dipilih oleh siapa
Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi
Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi
Kononya MPP/MPM dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM). - Kesatuan Mahasiswa-mahasiswi/ Pelajar yang bebas dan berdikari
Ya
Ya
Tidak - Kuasa
Mempunyai kuasa sendiri
Mempunyai kuasa sendiri
Kuasa sebenar dipegang oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM) - Fungsi kesatuan
Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar
Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar
Tidak mempunyai fungís sebagai kesatuan. Fungsi sebenar kesatuan telah dimansuhkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). - Anjuran Program
Sendiri membuat keputusan.
Sendiri membuat keputusan.
Anjuran program mesti mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). - Pendaftaran persatuan
Pendaftaran persatuan di bawah Cambridge University Students’ Union.
Pendaftaran persatuan di bawah Hong Kong University Students’ Union. Persatuan yang berdaftar di bawahnya melebihi 100 buah.
semua persatuan didaftar di bawah BHEP. - Pengurusan kewangan
Mempunyai syarikat sendiri.
Sendiri uruskan. Yuran ahli dikutip.
Semua hal kewangan ditangan BHEP.
Aktiviti-aktiviti/kempen
-Program sangat manfaatkan pelajar:
Fight Against Increased Rents
Funding and Access Campaign Team
-Aktiviti yang pernah dianjurkan:
Film Screening: The Road to Guantanamo
tahun 2003-2005, kesatuan pelajar mengetuai pelajar melibatkan diri dalam kempen pengarakan mempertahankan demokrasi Hong Kong.
-Semua diaturkan oleh BHEP atau semua program perlu mendapatkan persetujuan BHEP.
Keluar “Press Statement”
-Bebas mengeluarkan sebarang “Press Statement”.
-Bebas mengeluarkan sebarang “Press Statement”. Pernah mengeluarkan hujah akhbar yang mempertahankan hak pelajar suatu fakulti.
-Perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor (NC). - Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus
-Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri- “Elections Committee”.
-Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri.
-Tidak mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri. Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus terdiri daripada BHEP. - Akhbar sendiri
-Mempunyai akhbar sendiri yang cukup bebas dan bernama “The Cambridge Student newspaper” (TCS).
-Boleh memiliki akhbar sendiri.
-Tidak dibenarkan mengeluarkan akhbar tersendiri dan langsung sangat tidak bebas. - Website sendiri
-.www.cusu.cam.ac.uk
-www.hkusu.org/
-Tidak dibenarkan - Kesan
-Pelajar adalah sangat kuat dalam semua bidang.
-.Pelajar semakin kuat dan sedang mengejar kekuatan pelajar Eropah. Kekuatan pelajar dalam semua bidang dapat bertanding dengan pelajar negara Eropah.
-Pelajar semakin hilang daya membuat keputusan. Kreativiti pelajar telah dihancurkan oleh BHEP dan AUKU. Mereka hanya tahu mengambil peperiksaan sahaja. Pelajar. Mereka semakin menjauhkan diri daripada mempertahankan hak sendiri.
Pada kesimpulannya,Universiti dibina untuk pelajar dan pensyarah untuk membuat penyelidikan dan aktiviti. Oleh itu, pelajar dan pensyarah adalah tuan kepada universiti. Akan tetapi hak-hak pelajar dan pensyarah tersebut telah dirampas oleh golongan pemerintah Negara kita dengan menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akibatnya, impak negative yang besar telah ternampak atas universiti kita. Perbezaan yang paling besar dan ketara antara universiti tempatan kita dan universiti negara lain ialah kewujudan dan fungsi kesatuan pelajar (students’ union). Semakin lemah kesatuan pelajar sesebuah negara, semakin mundurlah negara tersebut pada masa yang akan datang.
Nampaknya begitu jelas sekali, keadaan kebajikan dan hak-hak asasi di universiti tempatan adalah amat teruk dan serius, dan menyebabkan keruntuhan keyakinan dan daya membuat keputusan pelajar-pelajar universiti tempatan. Sejurusnya akan membawa kesan buruk kepada kreativiti pelajar-pelajar dan kecemerlangan universiti akan menurun dengan begitu ngeri. Selain itu, pelajar-pelajar kami telah hilang keyakinan dan keinginan dalam mempertahankan hak-hak asasi sendiri dan semakin menjauhkan sendiri daripada politik. Akibatnya, pelajar-pelajar menjadi lemah dan secara langsungnya kadar pengangguran pelajar akan terus meniungkat dan menjadi semakin serius.
Labels: Akhbar GMM ms4
3 Comments:
kalau nak semua yang u nak mcm kat u luar negara, u buat universiti sendiri la.
By
Anonymous, at 10:52 AM
Keyword research is without a doubt, the single crucial factor of any SEO campaign.
Picking a great keyword phrase can imply the distinction
in between generating hundreds of interested additional site visitors per month and a lost effort.
Checkout this website for more Keyword Research Bing.
By
Anonymous, at 10:53 AM
It is appropriate time to make some plans for the
future and it is time to be happy. I've read this post and if
I could I desire to suggest you some interesting things or advice.
Maybe you can write next articles referring to this article.
I desire to read more things about it!
Check out my web blog; home handyman
By
Anonymous, at 3:22 AM
Post a Comment
<< Home